Assalamualaikum..
Malam malam minggu camni memang boring tak da benda nak di
buat. Padahal final one month from now ==’ Ya ampun mardhiah bawak bawak lah
bertobat. Dah dekat final nanti baru lah nak kalut nangis tak sempat nak
habiskan study la tak tido malam exam la. caca marba jadinya. Ishh ish. Ye la
ye la lepas update blog ni aku pegi baca buku. Ehhehe. (insaf kejap)
Cer tengok tajuk entry kali ni? Jiwang tak jiwang.
Sebenarnya tujuan aku update blog pada hari yang syahdu ini untuk
mendeklamasikan rindu serindu rindunya pada zaman matrikulasi yang dah setahun
berlalu. Eh setahun dah eh tinggalkan zaman kegemilangan di matrik, rasa macam
baru semalam je pendaftaran matrik T.T
Betul ke rindu matrik? Padahal dulu duk kutuk system matrik
skema la, jadual padat gila sampai tak sempat nak bernafas (melampau benar tak
bernafas) ye la mana tak nye, kelas start dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.
Rehat untuk solat dan makan sejam. Mahu tak terkejar sana sini keluar masuk
kelas. Tambah lagi dengan tutorial, presentation, homework yang disediakan
sebagai bekal di malam hari. Tapi tu lah
yang jadi kenangan paling kita rindu nanti. Serious. Yang paling aku rindu kat
matrik semestinya lah classmate aku S3AP2 :’) sumpah rindu gila wehh tak tipu
langsung ni. Nak nangis rasa ni. *sedut hingus* walaupun hanya setahun je
kitorang kenal, sama sama kena marah dengan cikgu, sama sama mengumpat kalau
tak puas hati (astaghfirullah) sama sama tido dalam dewan kuliah,suka sama
sama, nangis sama sama. gila tak rindu?
Kelas paling “digemari” mesti lah kelas umi kami, puan
maznah. Setiap kali kelas dia muka kitorang otomatik berubah biru campur hijau.
Saat paling genting bila di pilih seorang demi seorang untuk tulis jawapan
tutorial kat whiteboard. Kalau siap bolehlah dengan senang hati pergi tulis jawapan kat depan. Tapi kalau tak
siap? ZUPPP ZASSS dengan kelajuan cahaya
buku member sebelah dicilok . Kahkah. Pandai pandai nak hidup beb. Tapi tak
cukup dengan tu, bila jawapan salah memang di basuh secukupnya dengan
Clorox,downy, sunlight dan lain lain. Tambah pulak aku yang selalunya jadi
target cikgu maznah. Tak tahu kenapa beliau cukup tertarik dengan aku. Adakah aura
aku terlalu kuat?kekeke. dulu aku tak minat biology. Sebab banyak konsep kena
hafal. Dan factor paling utama adalah… MALAS J
paling aku ingat time tak siap tutorial,sempat lah jugak merasa cubitan berbisa
cikgu dulu sambil menjerit “awak ni dah kenapa mardhiah?” haha. Cikgu maznah
baik sebenarnya, dia nak pelajar nya jadi baik, rajin, sebab subjek tu bukan subjek
yang senang. Maaf cikgu kami nakal dan tak dengar kata dulu :’) rindu pulak nak
kena cubit kat U ni mana ada lecturer sudi nak cubit dah.
Subjek kimia di ajar oleh cikgu Rosmawati. Sangat baik dan
penuh keibuan, tapi tegas. Dia pernah cakap kat aku “ belajar baik baik
mardhiah, kamu ada potensi” tu la jadi
pembakar semangat aku. Dan semestinya mr wong yang hensem lagi kacak
bergaya juga mengajar kimia dalam kuliah. Dia tegas tapi comel dan paling
penting dalam kelas dia aku tak pernah datang lewat sebab Sapa datang lewat
kena buat gangnam style kat depan. Memang setengah jam awal aku dah terpampang
dalam kelas dia.
Cikgu hisyamuddin, cikgu koko yang penyayang selalu bagi
nasihat seperti sorang bapa. Masa belajar main tenis selalu je dia ketawa tengok
aku pukul bola dengan terhuyung hayang. Memang la aku tak de skill haha. At
last reti juga lah cara nak pegang bola then pukul walaupun selalunya bola
tenis tu akan melayang keluar dari court dan aku menonong pergi kutip bola
dengan muka tak malu.
Kenangan dengan classmate terlampau banyak smpai tak tahu
nak hurai yang mana. Okay la cerita masa last jamuan kitorang time sem dua
sebelum PSPM2. Kira jamuan perpisahan lah giteww. Petang tu ada sukaneka pastu
main baling baling tepung atas padang. Malam tu ada barbeque kat kafe D. and
lepas barbeque tu kitorang buat bulatan kat tepi kafe, berteman kan cahaya
bulan kitorang buat sesi luahan perasaan. One by one cakap apa apa je pesanan
buat kali terakhir, time tu dah start sebak dah. Then kitorang nyanyi lagu
TENTANG KITA,peterpan ramai ramai. Masa nyanyi tu sumpah air mata aku dah tak
boleh tahan. Kitorang nangis sama sama. Hiba perasaan bila tahu kami akan
berpisah tak lama lagi.
Bukan kenangan manis je kat matrik dulu. Kenangan pahit yang
paling memberi kesan dalam hidup aku pun terukir kat sana. Pasal apa? Biar lah
rahsia. Kawan kawan rapat aku je tahu cerita ni. Memang tamparan hebat sungguh.
Dan buat aku lebih berhati hati dalam berkawan. Terutama lelaki. J buat aku jadi lebih
kental menghadapi manusia yang pelbagai jenis, buat aku belajar erti
persahabatan yang sebenar. Sesungguhnya Allah membekalkan hikmah di setiap
ujian yang diberikan.
Okay meh nak share gambar kenangan kat matrikulasi negeri
Sembilan dulu
jamuan akhir semester 1 bersama lecturer tutorial
lab terakhir bersama cik asniati sabil yang garang tapi comel
![]() |
| ni time nak pegi raya rumah cikgu umah cikgu math kitorang sebab rumah cikgu depan kmns je so kitorang sume pakat serbu hehe |
![]() |
![]() |
| sambut birthday dayah denga esye malam 190113 :) |
![]() |
| lab partner tersayang, Aina |
![]() |
| amboi amboi seronok yee berpesta cikgu maznah masuk kelas lewat, bila cikgu datang semua mencicit lari tempat masing masing |
![]() |
| senamrobik pada minggu awal perkuliahan. malu malu kerbau lagi time ni hihi |
![]() |
| ni azanida dengan mira. sayang sangat dua ni :') |

ni roomates :) tasya, ika, and kathy. kathy panggil aku sleeping beaty disebabkan kecantikan, eh bukan sebab kuat sangat tido dulu pantang jumpa katil hhahaha

















